lei la lead my blog….

November 27, 2007

Lagu yang paling paling best….

Filed under: Lirik cujie cuke

Aishah - Melukut Ditepi Gantang


Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi

Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayang
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
oleh kata fitnah
penuh hina
Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu…

emoticonemoticonemoticonemoticon

November 20, 2007

Allossssssss……

Filed under: My World

Cujie msk sini coz jiwa tgh kacau.Cujie ada mslah besar sekarang nie.Tak tau cam mane nak settle.Mgkn 2/3 ari nanti korang sume takkan dgr brite dr Cujie.So time tu kalu lindu kat Cujie, hentak la kepala kat dinding…

Arghhhhhhhh…..kalu ssh sgt taktau ape nak wat terjun je dr tgkt 14 ape ssh kan…kan…lindunye ngan pipi gebu my princess.Dpt tgk dr jauh je.Lps nie tah dpt tgk lg ke tak.Tanpa my princess tak de la my life…Cujie nie ibarat takde family.So tu je cahaya hidup Cujie.

Tu je la entry kali nie.Anyway Cujie mtk maaf to you all kalu ada slh.Adioss

November 16, 2007

Kepulangan nenda tersayang menghadap ILLAHI….

Filed under: My World

Semalam cujie tak msk opis.Cujie balik g Pahang.Seperti pembuka bicara diatas, satu - satu nye Wan yang cujie ada telah pulang ke Ramahtullah.Wan cujie tu da 81 tahun pun.Meninggal kerana sakit tua.Cujie dpat berita kematian Wan pada kul 9 mlm (14/11/2007).Wan meninggal pada kul 2.55 ptg pada (14/11/2007).Wan cujie nie mak belah bapak cujie.

Semlm awal subuh cujie bertolak dari Sepang ke Pahang.Janji ngan akak cujie kul 5pg kuar umah jumpa kat tol bentong.Tp last2 kul 5.38pg cujie br bangun tido.Itu pun setelah di call oleh akak cujie.Sempat gak cujie masak nasi bubur tuk princess.Cujie gerak dr umah kul 6 lebih.dan tiba di tol Bentong lebih kurang kul 7 lebih.Setibanya cujie kat tol Bentong takde sape pun yg smp lagi.Sempat gak husband cujie sambung tido sementara tunggu adik beradik n my mom tiba.Nasib baik kebetulan husband cujie cuti semlm.

lebih kurang 1/2 jam kemudian kereta akak2 cujie sampai.Koetrog trs gerak menuju ke Raub.Lebih kurang kul 10pg kiteorg tiba.Jenazah Wan sedang di mandikan masa kiteorg sampai.Cujie bersalaman dengan tetamu yang hadir.Tak berapa lame lepas tu Jenazah Wan di kafankan di depan mata cujie.Sebelum tu awal2 lagi cujie da serahkan princess kat bapak dia coz di ngamuk kat dlm umah ramai orang.1st time dlm hidup cujie tgk.Sedikit perasan sebak menyelubungi cujie.Cujie tak dpt jumpa Wan wat kali terakhir.Kali terakhir cujie jumpa Wan ialah Raye tahun lepas.Raye tahun nie cujie tak dpt blk coz cujie blk Perak.

Bg Cujie, Wan seolah-olah telah berjanji pada diri sendri dia akan bertahan sehingga akhir hayat orang 2 yang dia sayang.Maksud cujie, beberapa tahun lepas datuk cujie pun sakit tua.Beberapa tahun gak datuk cujie terlantar sakit.Pakcik2 cujie yg tinggal berhampiran hanya dtg melawat setiap hari.Tapi Wan cujie setia menjaga atuk cujie yg sakit sehingga akhir hayat atuk cujie.Namun Lum pun sempat atuk cujie meninggal dunia, Wan dibebani dengan 1 lg masalah.Adik bongsu abah cujie, perempuan (andartu).jatuh sakit.Kene strok separuh badan.Wan jugak yang jaga.Cuba bayang kan bagaimana keadaan Wan yg sememangnya tengah uzur tu menjaga suami tercinta yg sakit tua n anak tersayang yg kene strok.Kalu cujie pun tak sekuat Wan.Akhirnya atuk cujie meninggal dunia.Di ikuti abah cujie setahun kemudian.Maka semakin ringan la beban Wan.3/4 bulan sebelum rayetahun nie Anak tersayang pula mengikut jejak langkah suami tercinta.

Dan akhirnya Wan tinggal bersama seorg lagi makcik cujie yg tggl tak jauh dr umah Wan.Tah kenapa semenjak makcik cujie yg kene strok tu meninggal, Wan seolah2 merasakan semua tanggungjawap dia la da lepas.Dia da bersedia menghadap yang ESA.Wan tidak menghidap sakit ape2 cume selera makan nya kurang.Akhirnya menghembuskan nafaz terakhir pada 14/11/2007 (Rabu) kul 2.55petang.Same tahun dengan pemergian anaknya…..tu la riwayat hidup Wan cujie.

P/s: Al- Fatihah……semoga rohnya di rahmati Allah.

November 14, 2007

Warghhhhhhhhh….syahdunye

Filed under: Lirik cujie cuke

Bila Terasa Rindu

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

My best Friend…

Filed under: Cite Dongeng

Dulu…kira-kira 23 tahun dulu, ada 2 Family nie berhubung rapat.2 Family nie masing2 mempunyai anak yg sebaya,Sorang lelaki n sorang pempuan.Zahid n zila name diorg.(nama manja dlm family).since dr kecil dorang membersar bersama tp bukan sebagai kawan sebaliknya sebagai musuh.Selalu bermain bersama tapi selalu gak bergaduh.

Bile da masing2 berumur lingkungan 7/8 tahun, family zahid berpindah ke Johor.Dan rumah yang diduduki dulu di jual kepada sedara zahid jugak.Family baru nie mempunyai 3 org anak pempuan yang mana akhirnya menjadi teman ketawa n menangis dlm waktu zila meningkat dewasa.

Yang sulung bernama Aishah (zila panggil Ecah), second Alin (zila panggil lin) n last normalina (zila panggil dia nano).Ecah muda setahun dari zila.Ecah perwatakkannya agak matang dr zila.

Masa berlalu dgn pantas…Family Ecah da mcm family zila.kekadang zila mkn kat umah Ecah. kekadang Zila tido kat umah bile mak bapak diorg takde.Diorg enjoy spent time together. Akhirnya biler da remaja diorang berpindah ke Kajang.Tapi jarak tak dpt memisahkan mereka.Every weekend zila akan ke Kajang menaiki KTM.Semua tu zila lakukan coz sayang kan diorang yg da ibarat darah daging.(so korang dpt bayang kan betapa rapatnya hubungan tu kan..) 

Biler da meningkat remaja nie perangai pun masing2 da lain da matured.sume dok sibuk citer pasal boyfriend.Masing2 da pandai bergaya.Ecah adik beradik pun kene penangan arus ibu kota.Ecah da takde gaya budak desa lg.dari segi pakaian percakapan malah Ecah marah bile zila panggil dia Ecah.Dia suruh panggil dia Sha.name Ecah tak glamour katenya.Zila ttp panggil dia Ecah tapi bile dpn kawan2 bandar dia zila panggil dia Sha.kekadang sampai tersasul-sasul.

Tapi dlm arus perubahan tu ada 1 yang tak pernah berubah iaitu hubungan mereka.Tetap mesra tetap akrab.Satu ari sesorang yang tak di jangka muncul depan umah Ecah.Masa tu zila ada.Muka langsung tak kenal tapi dlm ati zila rase cam kenal.

Ecah kate : " tu ler boyfriend lame ko.."   Time dgr tu mule ler rase nak membunuh.

Zila : " Isk..tah sape sape tah.suke ati ko jer ckp boyfriend aku."

Ecah :  "Tu ler zahid baru abis Politec tu yang dtg umah aku tu" BErderau darah biler dgr.Rase t’kejut pun ade rase nyampah pun ade.

Ari berganti ari bulan berganti bulan tanpa zila sedari, dia da makin intim ngan zahid.Tapi intim setakat kawan tak lebih dr tu.Kekadang zahid kene tendang kekadang zahid tarik rambut zila.biler zila merajuk mengelabah zahid pujuk.

Taip kali zila dtg umah Ecah, kemesraan tu terjalin.Tapi sume tu terbatas.zila n zahid tak ubah bagai 2 org lelaki yang bersahabat.tak penah ade bicara tentang perasaan sayang.yang ade cuma senda gurau.Kerap kali jugak zahid bwk zila g jalan-jalan.Pelik gak hubungan nie.tp yang pasti masing2 mmg takde perasaaan antara satu sama lain.sikap zila yang lincah n periang buat semua orang selesa berkawan rapat dgn dia.

Tapi…bile usia da menginjak remaja, lelaki dan perempuan tak leh berkawan rapat.Orang mula memandang serong.Mula ada yang tak puas ati.Itu la terjadi pada pada hubungan zila n zahid.

Satu hari tu, 2/3 hari sebelum merdeka.Zahid ajak zila gi sambut merdeka kat Dataran merdeka, KL.Pada mula nya zila agak keberatan coz tak pena blk lewat tambah lak lagi nak kuar ngan lelaki.Tapi lepas main tarik tali ngan zahid, jap nak p jap taknak p.Akhirnya zila setuju gak gi coz zahid kate nanti Ecah coz sekali.So Mlm B4 countdown tu zila naik keretapi gi Kajang.Zahid mmg tido kat umah Ecah.So zila jumpa diorg kat umah Ecah.

Seperti yang dirancang, Zila, zahid n Ecah kuar umah lebih kurang kul 8.00 mlm menuju ke bus stop.Itu pun setelah mendapat persetujuan dr mak ayah Ecah.Tapi akhirnya terdpt perubahan yang dicipta oleh Ecah tanpa pengetahuan zila n zahid.Iaitu….boyfriend dia tgh tgg kat bus stop.Rupenye dia mmg da plan dr awal nak kuar ngan boy friend dia tp disebabkan tkt mak bapak dia mrh di pura2 la ikut kiteorang.

Benda da jadi nak wat cam mane.kalu ikutkan zila takut nak kuar berdua ngan zahid balik lewat pagi tapi klau kiteorang blk kang Ecah kantoi lak.Nak tak nak kene la teruskan gi KL berdua.

Dikesakkan orang ramai kat dataran Merdeka zahid jaga zila rapi tul.Bukan ape pepaham jer ler da orang ramai2 tu mesti ade tangan yang cube nak menggatal.Mlm tu zila rase excited sangat coz tu 1st time dia celebrate kat dataran merdeka.

Mase cpt tul berlalu tau - tau da kul 2pg.Mak Ecah bertalu-talu call tanye anak dia kat mane coz Ecah off phone.Zahid cover line kate kiteorang t’pisah mase orang tgh ramai td.Ecah ngan kawan2 dia.Nasib baik mak dia percaya.Zahid try call Ecah nak ajak balik same ke tak, tapi mmg phone dia off.

So kiteorang trs gi ke station bus tapi orang ramai nak tgg lmbt.kiteorg gi KTM pun same last2 lepak kat tepi tasik kat KLCC.Mase kat KLCC kiteorang jumpa kawan zahid ramai gak (budak2 politeknik).Lelaki ada pempuan pun ada kawan zahid.sesaat pun zila tak tido smp kul 7.00pg kiteroang dpt bas balik umah.

Smp depan umah kedengaran suara mak bapak ecah.Tanpa di sangka terlihat kelibat Ecah, rupenya dia smp kat umah awal2 lagi.

Zahid call Ecah, Ecah suruh Zahid msk umah manakala Zila tunggu kat Pasaraya.Diorg ikut je seperti yg dirancang Ecah.Tp tak smp 1/2 jam duk kat Pasaraya tu , ecah da call suruh balik umah dia.katenye mak ayah dia da kuar.Zila lak cam lembu dicucuk hidung m’ikut arahan tp sebarang bantah.Smp umah Ecah, Zila terus tido.Niat di hati nak gerak blk umah B4 mak ayah Ecah blk.Tah cam mane Ecah tak benarkan.

Seminggu berlalu, Zila meneruskan persekolahan seperti biasa.Manakala Zahid lak pulang ke johor.Tapi perkara yang tidak di sangka2 akan berlaku terjadi.Mmg tak sangka…..Ayah Ecah leh turun ke Shah Alam n berjumpa dengan abg ipar Zila semata-mata nak buat cite kate Zila kuar ngan laki mane tah pergi ke KLCC.Cerita yg ibarat lumpur tu disampai kan kepada kedua ibubapa Zila.Tapi cerita nye berubah. Zila dikatakan bermalam ngan jantan pada mlm merdeka.Hati ibubapa mane yang tak luluh bile dengar crite tu. Si ayah yang menghidap lemah jantung menahan sesak didada.Si ibu pula menahan sebak.Anak bongsu kesayangan mencalitkan lumpur pada muka mereka.

Tengahari tu Zila balik dari sekolah seperti biasa.Sampai di rumah terus menuju ke ruang tamu di mana terdapat ayah yang seakan-akan seperti menahan sesak nafas.Mata nye memandang kearah Zila seperti ada sesuatu yg ingin diperkatakan.Zila terus ke bilik dan menukar pakaian.Ketika itu pintu bilik di ketuk ibu.Ibu melangkah msk ke bilik dan bertanyakan sesuatu yg benar2 membakar jiwa naluri sorg gadis.Zila menafikan sekeras2nye.Hanya pada si ibu Zila berharap kepercayaan.Benar la bagai dikata, hanya seorg ibu yg memahami isi hati anak nya.Sikit pun si ibu tak melatah.Senyum di bibirnya terukir.Di hati kecil Zila, bersyukur pada yang Esa dikurnia kan ibu yg penyayang.

Walau pun si ayah tidak berkata sepatah pun, namun keadaan kesihatannya mencermin kan kemarahannya.Mlm itu ayah dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas.Sebelum nie pun ayah penah di masukkan ke hospital dan akan kuar dalam masa 2 hingga 3 hari.Tah kenapa hati Zila bagai menanggung beban yg tak terhingga.Keesokkan ari nya Zila meneruskan persekolahan seperti biasa.Cume Bezanye, Zila bukan lagi gadis periang seperti sebelumnye. Di sekolah dia hanya bertemankan pilu manakala di rumah dia hanya di temankan air mata.Seribu persoalan bermain di fikirannya.

"Kenapa ayah Ecah buat cerita mcm tu?"

"Ape salah silap aku?"

"Berdosa kah aku pada ibu dan ayah ku?"

"Sakit ayah kerana aku kah?"

Zahid tak putus2 menghubungi Zila memberi kata semangat.Namun setiap panggilan Zahid di iringi tangisan yg tak pernah kering.Manakala Ecah pula tak pernah menghubungi kerana seribu satu penyesalan dgn ape yang telah berlaku.Keadaan diburukan dengan kate2 abg Zila yg mengiyakan fitnah itu.Malah Abg seakan akan cuba utk mengeruhkan lagi keadaan.Tah ape dosa dan salah yg telah dilakukan Zila sehingga abg nya sanggup menambahkan beban yg ditanggung.Masih terngiang2 di telinga bibit kate fitnah abg pada mak, "mane mak tau dia tak buat tah2 dia berbogel kat KLCC tu mane mak tau".

Kate2 yang meragut senyuman Zila buat selama-lamanye.Kate2 yang menghancur luluhkan jiwa dan perasaannya buat selama-lamenye….Hati mane yang tak terkilan di fitnah sebegitu rupa.Malah dilafazkan oleh abang kandung sendri.Ape daya untuk menyangkal kate2 tu.Cume mampu Zila telan walaupun sepahit mane pun.Zila tahu ada "Seseorang" yang sentiasa bersama nya.Selagi Zila percayakan Nya selagi itu Zila akan terus bersabar.Kebenaran sentiasa ada bersama2 dengan orang yang sabar…..

Seminggu berlalu…selama itu hidup Zila bertemankan air mata, bersulamkan kedukaan.Selama itu juga, Ayah Zila masih di hospital.Tidak sekali pun Zila melawat ayah di hospital.Bukan kerana tidak sudi.Kerana peperiksaan yang sedang berlangsung.Seminggu itu juga Zila menyembunyikan diri dlm bilik.Berfikir dan terus berfikir .Kenapa mengapa dan apa salah yang telah dilakukan sehingga begitu berat dugaan yang "Dia" berikan….Sungguh terlalu berat untuk ditafsirkan.Terlalu berat Zila pikul dlm usia Zila semuda ini.Jika keluarga sendri pun tidak mempercayai nya, bagaimana Zila nak teruskan hidup?

Pagi tu 6/9/2004 hari jumaat, di sekolah.Seperti biasa perhimpunan berjalan.Seperti biasa juga, Zila ambik port di barisan terakhir.Sedang mata melayan setan yg tgh bergayut di kelopak mata, Ina kawan sekelas merangkap jiran Zila menegur  katenye  dia ternampak kelibat kakak sulong Zila melangkah masuk ke sekolah Zila dengan masih lengkap beruniform kejenye.Hati Zila mula bergelodak.bagai dapat menangkap ada yang tak kene.Kakak Zila terus berjumpa guru kelas Zila.Bersaksikan semua pelajar sekolah tu.Zila di datangi pengawas bertugas memaklumkan ada kakak ingin bertemu.Bellumppun abis bibit kate engawas bertugas, Zila terus mendapatkan Kakaknya.Benar bagai di duga, "Ayah da nazak akak nak bwk Zila gi hospitalsekarang".Tak sempat Zila menahn air mata.Tanpa di suruh mengalir deras.

Didalam kereta, Abg iapr Zila sedia menanti.Air mata Zila terhenti dari tadi.Puas dikesat takjuga berhenti.Tak sepatah kate yang kuar dr bibir Zila.Abg ipar mula bersuara "Tu la ko tak abis2 nak menyusahkan ayah sampai mati orang tu ko buat".

"Apa, mati?" Ayah da meninggal?

Ya Allah..begitu hebat dugaan yang ko berikan pada ku….Aku redha Ya Allah..

Kakak ku menyahut kate suaminye dengan suara yang sayu . " Abah da meniggal da suboh tadi"

Akak tipu tadi akak kate ayah nazak…

Hati kecilnya berdetik ‘Marah betul ayah pada Zila, sampaikan ayah "pergi" pun taknak tunggu Zila."Terampun ke dosa ku pada ayah?.

"Ayah jika Zila berkesempatan jumpa ayah , Zila nak bg tahu…"

"Zila sayang ayah…..walaupun ayah tak penah igt ayah ada anak perempuan yang masih perlukan kasih sayang ayah."

"Zila nak bg tahu Zila dapat no.1 dalam kelas.Tapi Zila kene denda cuci tandas sekolah.Sebabnya ayah tak nak datang ambik report kad Zila.Masa tu Zila benci ayah sangat-sangat.Zila malu dengan kawan sekolah.Semua orang tahu Zila kene denda.Ayah langsung tak rase bersalah".

Maafkan anak mu……….

P/S: cerita nie ku paparkan untuk semua kawan2…

Perang antara blog episod 2…

Filed under: My friendzzz

Ai ceh….cik suki, cujie tak marah la. What I means "Perang antara blog" is about, suki bising2 kiteorg tak update blog pastu kang mesti ada antara kiteorg yg akan menyangkal blk kate2 sukit.Pastu lagi sorang menyangkal.Tu je maksud cujie perang antara blog.Isk…cujie tak penah marah la.Cakap la ape korang nak cakap sikit pun tak memberi kesan.

N then maksud Cujie critekan kat entry lepas psl cujie takde ape nak cite coz my world cume umah tangga cujie.Cujie tau mmg suki tak bermaksud srh cite psl umah tangga. Cume cujie Nak korang sume paham, Kat sini (Sepang la) Cujie tak de kawan or anything.Satu-satu tempat Cujie lepak ialah kat opis husband cujie or kat umah je.Ala senang cite hidup Cujie mmg membosan kan.Kalu weekend husband cujie keje so cujie akan abiskan masa lepak kat umah layan princess.Mmg takde jumpa org lain pun.So nak cite ragam org pun ssh la kan.Tp nanti kalu ada story panas akan cujie war- warkan….emoticon

Tu je…….."Nothing is personal"

November 13, 2007

C.I.N.T.A vs L.O.V.E

Filed under: My friendzzz

Nak bercerita skt ….

Hubungan yg tak pasti…..

Menyakitkan kerana sentiasa ditinggalkan bersendrian.Nak cari pengganti hati kate sayang pada si dia.Nak terus bersama si dia, si dia macam main tarik tali.Katenye ada commitment.Kalu terus bersame si dia, ada ke jaminan si dia juga akan setia?Adakah benar si dia fokus pada commitment?

Bile tanye si Dia, katenye "Saya Sayang Awak".Tp pada masa yang sama, "Saya taknak ada ape2 commitment.Saya nak tumpukan perhatian pada masa depan." Jadi utk ape perkataan sayang tu dilafaz?

Kalu benar sayang bukan ayat "Saya taknak ada ape2 commitment.Saya nak tumpukan perhatian pada masa depan."  yg patut di lafaz tp sepatutnye "Saya nak tumpukan pada ……., sudi tak awak tgg saya?" Kate2 tu br leh di jadikan jaminan.Kate2 tu br leh di jadikan pegangan utk trs setia.Jgn sampai bile si Dia curang si dia akan kate " Ada saya janjikan ape2 kat awak". Ayat yg memilukan tp bukan salah si dia mmg realiti….

P/S: Tau tak main layang2? Ha …cujie tak tau.Hubungan suki ibarat layang2.Suki nie nak kate da berpunye tapi org lain nmpk t’apung di udara sendrian.Nak kate tak berpunye org nmpk ada tali yg mengikat.Sorry kalu salah ckpemoticon

Perang antara blog…

Filed under: My friendzzz

Wei cik suki, cujie bukan tak nak selalu update blog.Cume ape yg cujie lalui ari2 same je tak byk beza.Tak mcm korang byk aktiviti.keje kat KFC n Mc D pun kira aktiviti gak.Member pun ramai.Pelbagai ragam.Tak mcm cujie nie.Hidup cujie nie berwarna warni pun coz ada my princess je.kalu tak de dia lagi la buring giler.Member Cujie? korang je la member2 cujie.kat sini member cujie tak byk.kalu ada pun sume nye da kawin da berumur.Asyik ngan suami je.Cujie husband cujie asyik ngan business dia je.

Tak mcm cik suki n Bunga.Ada cik abg.Sekarang nie tengah hati berbunga2 dengan pelbagai bunga ros n bunga taik ayam.Mcm2 nak cite psl dating ngan cik abg psl marah ngan cik abg.Bile da kawin nie tak baik tau cite psl hal2 umah tangga, dose.Tu ler psl nye cujie jarang cite psl hal2 umah tangga nie.Janji Cujie sendri tau cujie cayang my Family da.

My world hanye my Family.Without them, u will not see me anymore.So paham2 sendri je la.Mgkn ada org pikir hidup cujie membosankan.Tapi bg Cujie, cujie yg pilih hidup nie jd cujie tak akan menyesal.Kekadang seminggu cujie tak jumpa kawan langsung.cume borak kat internet je.Since cujie kawin pun leh dikira ngan jari brape kali cujie kuar shopping ngan member.Tah la rase cam ada yg kurang kalu nak kuar ngan member tp tgglkan husband kat umah.

So sekarang da paham kan nape cujie jarang update blog. emoticon

November 12, 2007

Warrrrrrrrrrrrrrrgh……..

Filed under: Princess

Pg nie cujie melangkah kaki msk opis dgn seribu 1 keresahan.Rase cam nak cabut lari blk umah ambik princess.Ati cujie rase tak aman tinggalkan princess dlm keadaan kesihatan dia yg tak mengizinkan.Masuk ari nie da 3 ari princess demam.Kekadang demam dia tak la panas sangat.Tapi td pg Cujie rase badan dia panas.Tp tak la sepanas ari pertama dia demam, ari sabtu.Tak sampai sebulan princess baik dr demam.sekarang demam balik.Tp bukan sekadar demam, selsema n batuk sekali.

Niat di hati mmg nak ambik cuti jaga princess.Tp cuti tak approved, coz bos cujie wife dia nak bersalin da.So nak tak nak cujie terpaksa gagahkan diri tuk tinggalkan princess kat umah babysitter.Cujie tak yakin babysitter tu leh jaga princess dengan baik dlm keadaan dia cam nie.Ari sabtu tu princess meragam coz badan dia da start panas tp babysitter leh tak tahu princess demam.Nasib baik cujie keje 1/2 day.Kalu blk kul 5, alamatnye dia biarkan je princess nangis.

Ikutkan nak bawak princess ikut cujie masuk opis.Tp husband cujie tak bg.Takut princess tak selesa katenye.Tp bg cujie bebudak as long dia bersama ngan mak dia, semua jadi selesa.Cujie tak sampai ati nak tgglkan princess kat org.Bg cujie hanya cujie je yg layak jaga princess dengan baik dlm keadaan dia cam nie.Bile dengar esak tangis princess, cujie da dpt rase princess nak cujie selalu ngan dia.Masa Cujie tengah siap nak gi keje, princess tak henti2 merengek nak cujie ambik.Ayah dia ambik pun dia ttp berpaling arah cujie.Terpaksa la cujie wat keje sambil dukung dia.

 

P/s: Sume org tak paham, hanya seorg ibu yang mengerti bahasa hati seorg anak biarpun dia masih tidak pandai berbicara lagi.

November 10, 2007

Allo……

Ha baru ari nie berkesempatan msk tempat nie.Selalunye da key in setengah, ada customer walk in.Sambung balik kang customer walk in lagi.Sudahnye cujie malas nak wat entry.

Ari nie buring giler.Nothing interesting happen in my life.Right now cujie tgh tengok cite Kerana Karina at gua.com.my.Sat lagi kul 12 cujie balik la.Ambik princess pastu tak tau lagi ape planning.Perut da t’rase lapar da nie.Semlm 1 ari Cujie cuma makan nasi lemak je tu pun pagi je.pastu kul 2 lebih cujie makan punding yang cujie wat kat umah.Petang n malam cujie tak makan ape.Husband cujie keje malam so mls nak kuar beli makan.

Pagi nie bile wake up rase lapar sangat.jugak rase nak pitam.My husband belikan pulut n roti canai tuk dia.Tp cujie rembat roti canai.Kang  pitam lak makan pulut.

dengan seribu kemalasan cujie gagahkan diri ke tempat keje.Now here I’m….Menghadap PC sambil key in je ape yg t’lintas.

P/S: Sorry kalul entry kali membosankan.   

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Chris M